Kota dibawah laut

2 minggu lepas aku ke Kuantan. Modus operandinya menghantar adik bongsuku, Zaihan ke rumah adik dibawahku, Huzairi. Sebenarnya Zaihan diterima mengikuti latihan Pembantu Inspektor Kesihatan di Batu Rakit, Terengganu. Jadi aku membawa Zaihan diikuti Siti Nurul Baya, adik perempuan dan Ibuku ke Kuantan. Maka Huzairi pula akan meneruskannya ke Batu Rakit. Aku serta keluarga akan bermalam di Kuantan, rumah sewa Huzairi di Indera Mahkota.

Satu perkara menarik mengenai Zaihan adalah waktu remajanya tidak ada masa terbiar. Sebelum ini, Zaihan baru saja memamatkan latihan perindustrian di Gebeng, Kuantan. Dalam masa praktikal di Raub, dapat pula panggilan ke Batu Rakit. Usia Zaihan baru 20 tahun. Bebeza dengan zaman remaja aku yang terlalu banyak merugikan masa. Selepas SPM pada tahun 1996, 5 tahun aku hanya berpeleseran. Kerja-kerja am tenggelam timbul. Akhirnya aku berjaya masuk juga ke Kolej Separa Perubatan Kementerian Kesihatan sebagai Juru X-Ray. Pada umur 24 tahun, barulah aku melangkah ke alam pekerjaan tetap.

Kuantan bukanlah kota asing buat ku. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Kuantan. Ibu bekerja di Pusat Latihan Pertanian KM 13 jalan Pekan. Zaman ini sangat susah. Ibu baru saja berjaya mendapatkan kembali perkerjaan tetap selepas bercerai. Tekad untuk menghimpunkan serta mahu membesarkan anak-anaknya kembali, ibu berjaya mendapatkan Kuarters usang di kawasan Pusat Latihan tersebut. Akhirnya kami anak-beranak tinggal dibawah satu bumbung selepas ada diantara kami yang dijaga oleh ibu-ibu saudara lain. Walaupun susah, tiada yang lebih nikmat hidup suka-duka bersama keluarga sendiri.

Kota Kuantan sudah banyak berubah. Makin banyak bangunan-bangunan baru. Sudah ada pusat membeli belah baru. Walaupun begitu sistem hala jalan rayanya masih sama, jadi aku masih mampu meyusuri bandar tanpa kekok. Ini kali pertama buat Isteri dan Iyad Muzaffar ke Kuantan. Percutian ini pasti sangat bermakna buat mereka. Walaupun percutian ini agak singkat, sempat juga ke pantai Sepat selepas menikmati keropok lekor serta makanan laut lain yang digoreng tepung di gerai sepanjang jalan ke Tanjung Lumpur. Menu yang pasti dicuba untuk sebuah bandar yang berhampiran dengan Laut.

Kuantan meninggalkan 1001 kisah kehidupan keluargaku. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang berlaku antara Kuantan dengan diri aku. Mungkin aku akan garap untuk bacaan di masa-masa mendatang. Satu zaman yang sentiasa mengingatkan aku supaya tidak bongkak dan sombong. Satu zaman yang mengingatkan aku batas-batas norma kehidupan. Satu zaman yang yang menjadi titik tolak panduan untuk menempuh hari-hari tua. Kuantan, ibu negeri Pahang, sebuah kota dibawah laut...
Read More !

1/100 MG Launcher/Sword Strike Gundam

Sebenarnya ini adalah model MG pertama aku bina. Pelbagai cabaran dan dugaan ketika membina model ini. Ada beberapa endisen terpotong bahagian yang salah. Banyak yang aku belajar dari memasang model ini. Model ini mempunyai 2 mod senjata. Satu adalah launcher dan satu lagi sebuah pedang yang sangat besar. Akibat dari terpotong bahagian yang salah, aku terpotong engsel penyangkut senjata dibahu, akibatnya ada bahagian senjata tidak dapat disematkan di bahu.

Untuk pengambaran ini aku tidak sertakan 2 mod senjata tersebut. Jika aku rajin, aku cuba untuk membaiki penyangkut di bahu. Sebagai jalan mudah, ada antara kalian yang berminat menukarkan senjata Launcher/Sword aku ini dengan sayap Aile Strike anda? Strike Gundam ini hanya di sembur dengan topcoat serta panel line. Aku akan kemas kini jika bercadang untuk memodifikasikannya.Ini adalah model skala 1/100 grade MG keluaran Bandai 2008.



Keadaan 2 mod senjata ini yang masih tidak di sembur apa-apa, kecuali dry transfer decal.












Read More !

Perkembangan projek: Freedom Gundam bahagian 1

Projek seterusnya adalah model MG Freedom Gundam. Model ini telah lama disiapkan, tetapi tidak dikemaskan sepenuhnya. Freedom Gundam kelihatan seakan-akan sama dengan satu lagi model yang hampir serupa, iaitu Strike Freedom Gundam. Ini adalah model sebelum Yamato memandu Strike Freedom Gundam.

Memasangnya memakan masa 2 minggu, tetapi proses meleraikan perisai dibadan tidak sampai 10 minit!

Innerframenya sedikit berbeza dengan siri GAT-105 (Strike Freedom) terutama pada bahagian kaki ini.

Aku bercadang mewarnakan innerframe dengan warna copper ini. Kemudian di kotorkan dengan warna hitam dicelah-celah innerframe. Tiba masanya untuk aku ketahap yang seterusnya iaitu teknik wathering. Dimana teknik ini memberi kesan permukaan yang seakan-akan kotor, seperti kerendaan anda yang tidak dibasuh satu minggu. Aku akan kemaskini projek model ini sepantas yang mampu. Teruskan memerhati!
Read More !

Serangan robot Jepun lagi

Setelah berhempas pulas menyiapkan model VF-25F, aku melihat himpunan kotak-kotak model kits yang disusun diatas kabinet. Rupanya masih ada 3 lagi yang belum disentuh!

Ianya adalah:

1) Hasegawa 1:72 VF-1 Battroid Valkyrie
Ini model pertama aku dapatkan dari jenama Hasegawa. Model Valkyrie asal ini tidal boleh ditranformasi. Ianya hanya untuk mode battroid. Kualiti plastiknya juga agak lembut berbanding Bandai.


2) Bandai MG Ver. Ka RX-0 Unicorn Gundam
Model ini aku dapat dengan harga rm160 di Graffiti Toys. Model yang sangat unik dengan 2 mode tranformasi. Dengan mode 'psycho frame' menjadikan model ini lebih tinggi dari saiz tipikal grade MG.


3) Bandai MG Strike Freedom Gundam
Ini model yang sangat porpular dari siri Seed Destiny. Kekuatan dari rekabentuk sayapnya yang agresif. Innerframenya yang bewarna emas sangat menarik perhatian.

Sebelum itu masih ada 4 ketulan MG Gundam yang sudah di pasang, tetapi belum si kemaskan dengan panel line, decal topcoat dan sebagainya. Sebagai seorang bapa, masa haruslah seimbang antara hobi, isteri dan anak. Mujur tiada banyak projek gambar perkahwinan sepanjang minggu ini. Sehubungan dengan itu, aku baru saja memulakan projek production house (photo & printing) dengan seorang sahabat yang sangat optimis. Aku akan war-warkan apabila ianya siap sepenuhnya kelak. Mungkin masa aku akan lebih terhad, lebih padat, lebih pastas dari sebelumnya.
Read More !

1/72 VF-25F Messiah Valkyrie Alto Custom

Macross Frontier adalah siri terbaru untuk legacy Macross seterusnya. 25 episod telah tamat pada akhir tahun 2008 telah merubah rekabentuk gaya asal jentera-jentera pejuang Macross. Rekabentuk Valkyrie telah dikemaskini sesuai dengan arus moden. Sedikit gayanya seakan MIG-29 meninggalkan replika F-14 Tomcat dalam siri Macross terdahulu. Apa yang menjadi istimewa untuk siri Macross Frontier adalah grafik 3D untuk adengan mecha yang sangat mengujakan. Kalau dulu porpular dengan lambang lanun, kali ini dibawah naungan SMS (strategic Military Services) 4 buah jet pejuang pelbagai variasi ulung berkhidmat melindungi Macross Frontier dari ancaman makhluk asing. Salah satunya adalah model yang diulas ini, VF-25F Messiah Valkrie dipandu oleh Alto Saotome. Ini adalah model snap-fit skala 1/72 keluaran 2008 Bandai.

Saiz kotak lebih nipis tetapi panjang berbeza dengan kotak MG Gundam. Dibeli menerusi forum Lowyat dengan harga RM190.


Rekabentuk manual dalam gaya landspace.

Ini keadaan model setelah siap dipasang. Tiada panel line, tiada decal.

Vf-25F dileraikan untuk memudahkan mengaris panel line dan untuk proses mengecat dan topcoat. Pastikan manual anda tidak hilang!


Menggunakan panel line jenama Gundam Marker dengan kod warna hitam (GM01). Jet pejuang mempunyai banyak panel line!

Bahagian-bahagian sendi dilindung dengan masking tape untuk mengelakkan dari terkena topcoat licin. Ini akan menyebabkan bahagian sendi menjadi longgar.

Bahagian cermin kotpit ini dilindung untuk mewarnakan bingkainya dengan warna gelap. Boleh juga menggunakan Gundam Marker. Pastikan dilindung dengan topcoat.

Setelah selesai proses panel line, seterunya adalah menyembukannya dengan topcoat. Tujuan utama topcoat ini adalah untuk melindungi panel line sebenarnya. Menggunakan jenis gloss dapat juga memudahkan proses memindahkan water slide decal keatas permukaan. . Boleh rujuk dalam ruangan tutorial.

Bahagian-bahagian yang telah disembur topcoat.

Untuk innerframe, semburan Light Metal Gun dari Tamiya digunakan. Warna ini lebih realistik untuk kesan besi jentera.

Berikut perbezaan antara bahagian yang telah disembur dengan Light Metal Gun (kiri). Sangat ketara.

Keadaan bahagian yang dipengang dengan aligator clips yang menunggu untuk kering. Dalam ruangan tutorial ada cara untuk membina aligator clips secara DIY.

Antara bahagian innerframe yang sudah disembur Light Gun Metal. Hebat bukan?

Siap sedia untuk proses melekatkan decal.

Setelah semua decal disempurnakan, sekali lagi dilayangkan semburan topcoat untuk melindungi decal dari terkoyak. Semburan gloss dipilih untuk kilauan ketara.

Masa untuk bergambar! ini dalam mode 'fighter'








Ini pula dalam mode paling aku suka, 'gerwalk'.







Akhir sekali dalam mode 'battroid'.







Ini model Macross aku yang pertama dibina semenjak melibatkan diri dalam dunia mecha. Aku memperuntukkan masa lebih kurang 4 minggu menyiapkannya (masa aku amat terhad, aku sudah bekeluarga). Masih ada bahagian-bahagian tertentu belum disiapkan, seperti ruangan kotpit. Itu memerlukan kemahiran yang lebih perinci. Melakukan proses tranfomarsi sangat merumitkan. Lebih-lebih lagi pada bahagian dada dan pinggang. Agak mengelirukan serta perlu berhati-hati dari mengelakkan ianya patah. Sudah sedia maklum, ini adalah model snap-fit yang sangat rapuh. Anda dinasihatkan supaya tidak selalu melakukan aktiviti tranformasi. Ini akan menyebabkan sendi mudah menjadi longgar.

Display stand tidak disediakan dalam kotak. Adaptor untuk menyambungkan model ini dengan display stand sangat kecil, sangat sukar untuk melekatkannya dengan betul. Ada 2 decal diberi. Satu decal biasa manakala satu lagi adalah jenis water slide. Walaupun model ini tidak digredkan seperti model-model Gundam, model ini lengkap dengan innerframe membuatkan ia lebih kompleks. Diingatkan ini adalah model bukan mainan. Jika mahukan mainan sebenar, anda boleh mendapatkan model ini dari siri DX Chogokin. Keseluruhannya, model ini sangat mengujakan kerana ianya model snap-fit yang berkemampuan di tranformasi. Lebih-lebih lagi dalam mode 'gerwalk', mengimbau legacy Macross yang tidak pernah padam dalam sejarah dunia kanak-kanak aku.
Read More !